Wednesday, May 9, 2012

pErIngAtAn dIrI ...

Orang minda tahap rendah, akan kerap bercakap pasal hal orang lain.
Orang minda tahap tinggi, akan kerap bercakap pasal idea dan kejayaan.

Ketahuilah orang dengan minda bertahap rendah kerap bercakap pasal hal orang lain kerana itu menghiburkan mereka, menyeronokkan dan semakin dibuat, semakin syok rasanya. Orang yang kerap bercakap pasal hal orang lain akan kerap membandingkan orang itu dengan dirinya sendiri. Dalam sesetengah keadaan, mereka kerap bercakap pasal diri sendiri. Menampakkan mereka lebih bagus.

Sikap begini adalah sikap negatif. Hentikan. Jika Anda dapati Anda sudah selalu jadi begini, hentikan segera.
Sebab, sikap begitu meracuni fikiran positif yang cuba Anda bina sekarang ini. Apa saja yang negatif, sifatnya memusnahkan. Apa saja yang positif, sifatnya membina.

Orang bersikap positif biasanya akan mengelak dari bercakap pasal hal orang lain terutama keburukan orang itu, kegagalan orag lain, keaiban orang lain. Namun orang bersikap positif cukup teruja bercakap mengenai kejayaan, mengenai pencapaian dan mengenai idea-idea baru atau strategi baru.
Orang bersikap positif biasanya lebih banyak diam. Orang berilmu jarang bercakap kecuali jika di minta.

Orang yang banyak bercakap seolah-olah dia tahu segala, sebenarnya orang itulah yang masih kurang ilmunya. Orang sebegini akan banyak Anda jumpa di sekeliling Anda. Ketahuilah mereka sebenarnya orang dengan minda tahap rendah.

Orang minda tahap rendah jarang ada keinginan membuak-buak mahu menambah ilmu, mahu belajar lebih banyak, mahu mendalami lebih banyak pengetahuan. Mereka biasanya lebih kerap mengkritik dan mengomen.
Jadi, orang cemana yang Anda mahu jadi?  

Orang minda tahap rendah atau orang minda tahap tinggi? Untuk berjaya dalam hidup, Anda perlu ubah diri menjadi orang dengan minda tahap tinggi, iaitu orang yang memandang ke depan, orang yang tidak suka mengomen dan mengkritik, sebaliknya suka menghargai dan mengagumi.

Pendiam tidak semestinya sombong. Cuma bercakap ketika perlu, bercakap ditempat yang ngam.

petikan dari: http://www.imotivasi.net/motivasi-kejayaan-orang-minda-tahap-rendah-minda-tahap-tinggi.html

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete