Thursday, May 10, 2012

mAnUsIA dAn pErcAkApAnnyA

Salam.


Manusia dapat dikategorikan kualitinya kepada empat berdasarkan kualiti tutur bicaranya.
Pertama, orang yang berkualiti tinggi. 
Jika mereka berbicara, isinya sarat dengan hikmah, idea, gagasan, ilmu, zikir dan penyelesaian.Orang seperti ini bicara nya bermanfaat pada dirinya sendiri dan juga bagi orang lain yang mendengarnya. Malah, apabila diajak berbual pastinya ada manfaat ilmu. Bicara mereka bermotivasi dan berpandangan positif dalam setiap perkara yang diutarakan.

Kedua, orang yang biasa-biasa saja. 
Ciri orang seperti ini adalah mereka sibuk menceritakan peristiwa contohnya melihat kemalangan jalan raya atau rompakan, dia juga pasti akan menceritakannya seolah-olah diri mereka berada di tempat itu.Jika melalui semua bicara itu orang lain dapat mengambil hikmah maka tidak rugi, tapi jika sekadar memenatkan mulut sendiri tanpa manfaat tentu ia sia-sia.

Ketiga, orang rendah kualiti diri. 
Cirinya jika berbicara isinya hanya mengeluh, mencela dan menghina. Apa saja akan jadi bahan keluhannya. Contohnya, mereka sering mengeluh banyak masalah. Mereka juga tidak tahu menghargai sesuatu misal nya, Jika dihidangkan makanan akan keluar keluhannya seperti ‘kenapa lauk ini kurang sedap’, namun begitu habis juga dimakannya. Hari-harinya dipenuhi dengan bersungut seolah-olah segala yang berlaku penuh kekurangan. Alang kah rugi nya hidup orang kategori seperti ini kerana seolah-olah tidak dapat membezakan nikmat dan musibah.

Keempat, orang yang cetek fikirannya
Mereka yang bicaranya hanya mengenai kehebatan dirinya atau kebaikan diri nya sedangkan hidup adalah peng abdian diri kepada Allah. Mengapa mereka perlu bangga diri kerana semua itu kurniakan Allah. Golongan seperti itu sering dilihat menonjol dan mendominasi. Jika ada yang lebih baik darinya hatinya berasa tidak senang dan berharap orang itu segera jatuh.

Oleh itu berhati-hati apabila berbicara. Jagalah tutur percakapan kita dan kurang kanlah berkata-kata kerana ia akan mengura ngi kesalahan kata kita. Jaga lidah sebaik mungkin kerana ia adalah amanah Allah s.w.t.

petikan dari: http://cikgumat.ummisakinah.com/knowledge/4-kategori-manusia-berdasar-percakapannya/

Wednesday, May 9, 2012

pErIngAtAn dIrI ...

Orang minda tahap rendah, akan kerap bercakap pasal hal orang lain.
Orang minda tahap tinggi, akan kerap bercakap pasal idea dan kejayaan.

Ketahuilah orang dengan minda bertahap rendah kerap bercakap pasal hal orang lain kerana itu menghiburkan mereka, menyeronokkan dan semakin dibuat, semakin syok rasanya. Orang yang kerap bercakap pasal hal orang lain akan kerap membandingkan orang itu dengan dirinya sendiri. Dalam sesetengah keadaan, mereka kerap bercakap pasal diri sendiri. Menampakkan mereka lebih bagus.

Sikap begini adalah sikap negatif. Hentikan. Jika Anda dapati Anda sudah selalu jadi begini, hentikan segera.
Sebab, sikap begitu meracuni fikiran positif yang cuba Anda bina sekarang ini. Apa saja yang negatif, sifatnya memusnahkan. Apa saja yang positif, sifatnya membina.

Orang bersikap positif biasanya akan mengelak dari bercakap pasal hal orang lain terutama keburukan orang itu, kegagalan orag lain, keaiban orang lain. Namun orang bersikap positif cukup teruja bercakap mengenai kejayaan, mengenai pencapaian dan mengenai idea-idea baru atau strategi baru.
Orang bersikap positif biasanya lebih banyak diam. Orang berilmu jarang bercakap kecuali jika di minta.

Orang yang banyak bercakap seolah-olah dia tahu segala, sebenarnya orang itulah yang masih kurang ilmunya. Orang sebegini akan banyak Anda jumpa di sekeliling Anda. Ketahuilah mereka sebenarnya orang dengan minda tahap rendah.

Orang minda tahap rendah jarang ada keinginan membuak-buak mahu menambah ilmu, mahu belajar lebih banyak, mahu mendalami lebih banyak pengetahuan. Mereka biasanya lebih kerap mengkritik dan mengomen.
Jadi, orang cemana yang Anda mahu jadi?  

Orang minda tahap rendah atau orang minda tahap tinggi? Untuk berjaya dalam hidup, Anda perlu ubah diri menjadi orang dengan minda tahap tinggi, iaitu orang yang memandang ke depan, orang yang tidak suka mengomen dan mengkritik, sebaliknya suka menghargai dan mengagumi.

Pendiam tidak semestinya sombong. Cuma bercakap ketika perlu, bercakap ditempat yang ngam.

petikan dari: http://www.imotivasi.net/motivasi-kejayaan-orang-minda-tahap-rendah-minda-tahap-tinggi.html

Tuesday, May 8, 2012

shOUld I ......

Salam semua...


DO or DO Not TRY,
but
there is no TRY
fullstop

Q: pAtUtkAh sAyA mEnghAyAtI tUlIsAn bErwArnA mErAh AtAU kEsElUrUhAnnyA?
A: AlwAys thInk pOsItIvE...

Monday, May 7, 2012

hAtE It !!

Salam semua...

Aku bosan...Ya Allah, Bantulah hambamu yang lemah ini, sesungguhnya ak benci berada dalam keadaan sedemikian

Cuaca selalunya cerah, kadang-kadang mendung dan jarang-jarang ribut petir.
Subhanallah, cantik sungguh aturan Allah jika kita melihat akan kebesarannya. Tapi, selalukah kita melihat akan itu? Renung-renungkan...


Ya Allah, sesungguhnya ak telah cuba yang terdaya, tapi ak tidak mampu. Sesungguhnya kepada mu ak kembali Ya Allah.

Sekian.

Q: pErlUkAh AkU ........ ???
A: ......

Thursday, February 17, 2011

bEst dInnEr EvEr wIth x-hOUsEmAtE

11/2/2011 kenangan terakhir bersama-sama teman serumah di Skudai sebelum ak berangkat ke langkawi. Malam tuh kami dinner sama2 kat satu tempat yang aku pun x penah sampai sepanjang ak berada di JB. hahah.. Even menu dinner kami simple tapi perasaan ak yang akan meninggalkan saat2 manis di Skudai amat terasa. Tambahan pula gaya2 korang yang malam tuh memang ak tak sangka. Aku pon x tau cam mana nak cakap. Tapi aku nak korang tau yang ak enjoy sangat ngan korang. Hepy tinggal bersama korang. Harap2 kita berpeluang tok jumpa dan lepak sama2 lagi. Huhu..BYE korang..TAKE CARE...


-my best friend Zain & Bang Chik-

-eeeeuuuwwww....haha-

-gigih mencungkil kelapa-

air kelapa +air bandung = airkedung

-nasi gorang kari-

-nasi goreng c-put-

ayam masak kicap

udang goreng

Q: Hope this night will come again..huhu

Wednesday, February 9, 2011

AlwAys thInk AbOUt thIs..

Completing study has been like Apollo mission. The idea is simple, but when you start filling in the step, things become.....COMPLICATED!!!!!!!

Q: please friend..pray for me OK??

Monday, February 7, 2011

whAts In my mInd?

Hello.. Biasanyer kalu aku bukak facebook jer sti nampak 'What's on your mind'. Tapi kali nie ak plak wat entry pasal what's in my mind. Entahla, otak aku skang penuh ngan ntah pape yang aku pikirkan aku pon x tahu. Keadaan itu sering menguasai diri aku. ini juga menjadikan aku seorang yang sangat malas (Malas nak wat assignment jer la..hehe). So skang nie ape ek da dalam 'mind' aku? Aku rasa da semak samun ngan lalang yang menggunung tinggi kot sehinggakan berat jer rasa kepala aku (sambil gaya senget2 kepala..hoho). K la, jumpa lagi delain entry. Ta-Ta For Now.

Q: whAt's ActUAlly In my mInd?
korang bley x tolong pikirkan tok ak..
aku kini buntu (sambil garu2 kepala)..

Thursday, February 3, 2011

nEw mOm & nEm dAd...

1st of all i wish congratulations to my sister and my brother in law coz that good news. Last week my sister told me that she has been proven pregnant (6 week's already). That is their 1st child insya'allah. Hope they will be a good mom and dad for their child.

Q: when my turn to become a father?
Juz wait OK...HAHA

Friday, October 8, 2010

OUch...I gOt It

OUch... I gOt It.
thAnks fOr yOUr stAtEmEnt At yOUr fAcEbOOk.
I rEAlly ApprEcIAtE thAt.
I AlwAys thInkIng AbOUt...
AbOUt whAt yOU wrOtE thErE sIncE AlOng tImE AgO.
sO..

Q:whEn yOUr frIEnd rEAct wEIrd to yOU,
stArt rEAct wEIrd tOO?