Manusia dapat dikategorikan kualitinya kepada empat berdasarkan kualiti tutur bicaranya.
Pertama, orang yang berkualiti tinggi.
Jika mereka berbicara, isinya
sarat dengan hikmah, idea, gagasan, ilmu, zikir dan penyelesaian.Orang seperti ini bicara nya bermanfaat pada dirinya sendiri dan juga
bagi orang lain yang mendengarnya. Malah, apabila diajak berbual
pastinya ada manfaat ilmu. Bicara mereka bermotivasi dan berpandangan
positif dalam setiap perkara yang diutarakan.
Kedua, orang yang biasa-biasa saja.
Ciri orang seperti ini adalah
mereka sibuk menceritakan peristiwa contohnya melihat kemalangan jalan
raya atau rompakan, dia juga pasti akan menceritakannya seolah-olah diri
mereka berada di tempat itu.Jika melalui semua bicara itu orang lain dapat mengambil hikmah maka
tidak rugi, tapi jika sekadar memenatkan mulut sendiri tanpa manfaat
tentu ia sia-sia.
Ketiga, orang rendah kualiti diri.
Cirinya jika berbicara isinya
hanya mengeluh, mencela dan menghina. Apa saja akan jadi bahan
keluhannya. Contohnya, mereka sering mengeluh banyak masalah. Mereka juga tidak tahu menghargai sesuatu misal nya, Jika dihidangkan
makanan akan keluar keluhannya seperti ‘kenapa lauk ini kurang sedap’,
namun begitu habis juga dimakannya. Hari-harinya dipenuhi dengan bersungut seolah-olah segala yang
berlaku penuh kekurangan. Alang kah rugi nya hidup orang kategori
seperti ini kerana seolah-olah tidak dapat membezakan nikmat dan
musibah.
Keempat, orang yang cetek fikirannya.
Mereka yang bicaranya
hanya mengenai kehebatan dirinya atau kebaikan diri nya sedangkan hidup
adalah peng abdian diri kepada Allah. Mengapa mereka perlu bangga diri kerana semua itu kurniakan Allah.
Golongan seperti itu sering dilihat menonjol dan mendominasi. Jika ada
yang lebih baik darinya hatinya berasa tidak senang dan berharap orang
itu segera jatuh.
Oleh itu berhati-hati apabila berbicara. Jagalah tutur percakapan
kita dan kurang kanlah berkata-kata kerana ia akan mengura ngi kesalahan
kata kita. Jaga lidah sebaik mungkin kerana ia adalah amanah Allah
s.w.t.
petikan dari: http://cikgumat.ummisakinah.com/knowledge/4-kategori-manusia-berdasar-percakapannya/